DM 0015 (soft)
  DM 0016 (hard)
5" x 7.25 "
944
983-820-346-7 (soft)
  983-820-347-5 (hard)
RM28.00 (soft)
  RM36.00 (hard)
 
 
 
 
 

  • 内收数万个单字及派生字。
  • 词条以实用,常用为选录标准。
  • 词语释义准确、简明。
  • 例句典型实用。
  • 收录反映新事物外来语。
 
   
 

Bahasa menjadi sejenis alat komunikasi yang paling penting dalam kehidupan sehari-hari manusia. Manusia belajar, bekerja, dan menuntut kemajuan melalui pengantar bahasa. Bahasa digunakan dalam situasi dan bidang yang berlainan. Orang yang kurang mahir dalam bahasa itu akan menghadapi kesulitan dan membawa kerugian kepada dirinya baik dalam pembelanjaran mahupun dalam kerjayanya.

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Setiap rakyat mempunyai tanggungjawab menguasai bahasa Melayu dengan memuaskan dalam beberapa aspek termasuk mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Cara pembelanjaran bahasa yang betul mengakibatkan seseorang individu mempelajari bahasa itu dengan lebih cepat dan berkesan. Dalam hubungan itu, kamu yang baik dan saksama merupakan alat yang tidak boleh tiada dalam menolong seseorang mempelajari bahasa secara efisien.

Kamus ini disusun dengan merangkumi kelebihan atau kekuatan pelbagai kamus yang telah diterbitkan dan di suatu belah yang lain kami cuba mengetepikan segala kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini. Tidak dapat dinafikan ia seharusnya boleh memenuhi kehendak para pelajar, orang ramai, dan mereka yang belajar kendiri.

Kamus ini mengandungi lebih daripada 10,000 kata dasar dari pelbagai subjek dan bidang. Jauh lebih banyak lagi bilangan kata berimbuhan, kata majmuk, dan kata berulang.

Bahasa Melayu moden dititikberatkan. Semua entri dipilih berdasarkan kekerapan penggunaannya, yang jarang digunakan itu tidak banyak diambil. Takrif kata diberi dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina, dan bahasa Inggeris yang seboleh-bolehnya tepat dan padat. Ayat-ayat contoh diselit di tempat-tempat yang sesuai untuk membantu pengguna memahami penggunaannya secara konkrit itu semuanya bersifat tipikal dan betul-betul berguna kepada pengguna. Di samping itu, sesetengah kata pinjaman yang mencerminkan perkembangan zaman dan perkara-perkara baru juga dimasukkan dalam kamus ini untuk memuaskan keperluan para pengguna.

Maka dengan segala keikhlasan, pihak kami merekemenkan kamus yang paling kemas kini ini kepada para pengguna.

 
 
 
© 联营出版社 United Publishing House Sdn. Bhd.