_HOME
 


Pembaca Muda:

 

Tikus Comel Peliharaanku

Benjamin Bunny berasa sangat bannga. Ibu bapa memberitahunya bahawa dia sudah cukup dewasa untuk menjaga haiwan peliharaan. Dia memelihara seekor rikus kecil. Benjamin Bunny menyayangi tikusnya. Dia menjaganya dengan baik setiap hari.

Benjamin berasa sedih apabila tikusnya melarikan diri, tetapi satu penemuan yang menggembirakan telah berlaku. Bersikap lembut dan bertanggungjawab terhadap haiwan kecil ialah pengalaman bernilai dalam kedihupan setiap kanak-kanak.

 
CODE : DKS 127
ISBN : 978-967-5004-40-7
SIZE : 7.8125" X 7.8125"
PAGES : 12
PRICE : RM3.50 (WM)
: RM3.70 (EM)
 
 
 

Kecil, Sederhana, Besar

Kanak-kanak akan berasa gembira apabila mengetahui mereka semakin membesar. Benjamin Bunny juga berasa begitu apabila bapa membawanya membeli sepasang but hujan yang braru. Benjamin Bunny berasa gembira apabila dia dibenarkan memilih but yang disukainya. Dia memilih but yang sepadan.

Membesar dan belajar membuat keputusan sendiri ialah perkara-perkara yang menggembirakan dan dapat membina keyanikan kanak-kanak.


 
CODE : DKS096 128
ISBN : 983-967-5004-41-4
SIZE : 7.8125" X 7.8125"
PAGES : 12
PRICE : RM3.50 (WM)
: RM3.70 (EM)
 
 
 

Ikan peliharaanku

Bapa telah membeli ikan untuk Benjamin dan adik perempuannya, Belinda. Meraka belajar banyak perkara mengenai ikan. Mereka belajar tentang cara ikan bernafas, makanan ikan dan cara-cara menjaga ikan.Mereka bertanya-tanya dan cuba membayangkan jika ada cara yang menyeronokkan untuk mereka.

Cerita ini mendidik kita tentang betapa pentingnya ibu bapa dan kanak-kanak berkongsi minat dan hobi.Kadangkala, angan-angan bolek menjadi kenyataan dengan cara yang kreatif dan menyoronokkan!

 
CODE : DKS 129
ISBN : 983-967-5004-42-1
SIZE : 7.8125" X 7.8125"
PAGES : 12
PRICE : RM3.50 (WM)
: RM3.70 (EM)
 
 
 

Teddy Telah Hilang!

Benjamin Bunny berasa sangat sedih apabila dia bangun tidur pada suatu pagi: beruang teddynya telah hilang! Benjamin dan Teddy melakukan banyak perkara bersama-sama. Mereka bersarapan, bermain di padang permainan, berkelah dan pergi ke tempat menarik yang lain. Emak menyuruh Benjamin mengimbas kembali semua perkara yang dilakukan pada hari sebelumnya bersama Teddy. Oleh itu, Benjamin cuba mengingati kalik terakhir dia mekihat Teddy. Tidak lama kemudian dia telah menemui beruang teddy yang hilang.

Dengan galakan daripada ibu bapa kanak-kanak akan belajar menyelesaikan masalah sendiri dengan menggunakan kebijaksanaan dan ingatan.


CODE : DKS 130
ISBN : 983-967-5004-43-8
SIZE : 7.8125" X 7.8125"
PAGES : 12
PRICE : RM3.50 (WM)
: RM3.70 (EM)
 
 
 

Kotak Ajaib

Emak Bunny membeli mesin basuh baru. Benjamin menemui kotak kosong besar yang memuatkan mesin basuh itu. Kotak kosong yang besar itu digunakan oleh Benjamin untuk berimaginasi sebagai ahli silap mata, seorang angkasawan, serong bitang pop dan banyak benda lagi yang menarik dan menyeronokkan.

Dengan galakan ibu bapa, kanak-kanak akan menggunakan imaginatif dan kreatif akan menjadi seorang dewasa yang sentiasa ingin tahu dan pandai menyelesaikan masalah sendiri.

CODE : DKS 131
ISBN : 983-967-5004-44-5
SIZE : 7.8125" X 7.8125"
PAGES : 12
PRICE : RM3.50 (WM)
: RM3.70 (EM)
 
 
 

Mari Bermain Masak-masak

Pada
hari hujan, Benjamin Bunny dan kawannya, Danny Duckling, tidak boleh keluar bermain. Mereka bercadang untuk bermain masak-masak, tetapi tidak lama kemudian segalanya kelihatan kelam-kabut. Sahabat muda ini masih perlu belajar tentang cara-cara untuk menguruskan kerja rumah. Mujurlah apabila Benjamin melakukan kesilapan, Danny membantunya dan begitulah sebaliknya. Kanak-kanak akan belajar tentang aktiiti seharian melalui permainan imaginatif.

Benjamin dan Daddy mengetahui perkara yang berlainan dan adakalanya berbeza pendapat, namun meraka masih saling menghormati kawan-kawan dan belajar antara satu sama lain. Selain keseronokan berkawan, kawan-kawan penting kepada seseorang kanak-kanak untuk belajar tentang memberi dan menerima.

CODE : DKS 132
ISBN : 983-967-5004-45-2
SIZE : 7.8125" X 7.8125"
PAGES : 12
PRICE : RM3.50 (WM)
: RM3.70 (EM)
 
 
 

Benjamin Berkebun

Nenek
Bunny datang bekunjung, dia membawa sesuatu yang istimewa untuk Benjamin Bunny. Dia membawa biji benih untuk berkebun. Dengan pertolongan bapa, Benjamin dan nenek memcari sepetak tanah untuk dijadikan kebun. Berkebun ialah satu projek yang istimewa yang boleh dikongsikan sersama dengan ibu bapa, nenek dan datuk.

Nenek mengajar Benjamin semua perkara penting tentang berkebun. Benjamin berhati-hati sewaktu menyiram dan menjaga tumbuhan kecil yang sedang membesar. Tetapi tidak lama kemudian, nenek terkejut apabila mendapati tumbuh-tumbuhan itu telah bercampur aduk. Ketahui kesudahan carita yang menggembirakan semua orang.

CODE : DKS 133
ISBN : 983-967-5004-46-9
SIZE : 7.8125" X 7.8125"
PAGES : 12
PRICE : RM3.50 (WM)
: RM3.70 (EM)
 
 
 

Mainan Kegemaranku

Kanak
-kanak mesti mengetahui kepentingan berkongsi permainan meraka dengan abang, adik, kawan dan tetamu lain. Nilai ini adalah sebahagian dalam hidup kita. Di dalam cerita ini, Benjamin sedang bermain kerata api mainan barunya dengan seronok apabila kawan baiknya, Danny Duckling, datang berkunjung. Benjamin belum bersedia untuk berkongsi mainan barunya dan ini menyebabkan Danny berasa terpinggir.

Apabila Baddy mula hilang sabar dan hampir hendak pulang, barulah Benjamin sedar bahawa mainan tersebut akan menjadi tidak seronok jika tidak berkongsi dengan orang lain. Akhirnya, Danny dan Benjamin bermain dan berkongsi bersama mainan itu. Kanak-kanak perlu sedar bahawa kawan baik lebih penting daripada permainan kegemaran mereka.

CODE : DKS 134
ISBN : 983-967-5004-47-b
SIZE : 7.8125" X 7.8125"
PAGES : 12
PRICE : RM3.50 (WM)
: RM3.70 (EM)
 
 
 

Suatu Kemalangan

Kemalangan
sentasa berlaku, terutama dalam kehidupan kanak-kanak. Mereka mesti dididik agar sentiasa berhati-hati sewaktu berlari atau berbasikal bersendirian di luar. Sewaktu Benjamin Bunny terjatuh dari basikal, dia tahu dia boleh mengharapkan pelukan dan pujukan emak untuk menenangkan hatinya. Kecelakaan mungkin akan berlaku sewaktu belajar menunggang basikal, bermain aktiviti sukan dan permainan lain. Oleh itu, kanak-kanak perlu digalankkan dan disokong supaya mereka terus berlatih sehingga berjaya.

Seorang kanak-kanak mungkin akan menjadi penakut dan tidak akan belajar menjadi tabah jika ibu bapa terlalu memanjakan mereka. Di dalam cerita ini, emak menyakinkan Benjamin betapa beraninya sewaktu menghadapi sesuatu. Ini menjadikan Benjamin bangga dengan dirinya. Benjamin akhirnya sedar bahawa dia mesti memakai topi keselamatan sewaktu berbasikal.

CODE : DKS 135
ISBN : 983-967-5004-48-3
SIZE : 7.8125" X 7.8125"
PAGES : 12
PRICE : RM3.50 (WM)
: RM3.70 (EM)
 
 
 

Saya Menghadapo Campak !

Benjamin
berasa tiadk sihat sewaktu bangun daripada tidur. Dia mendapati badannay dipenuhi bintil yang gatal. Bintil itu ialah campak. Pada mulanya, Benjamin bimbang dia menghidapi penyakit yang berbahaya, tetapi emak menenangkannay. Hampir kesemua kanak-kanak mengalami rasa ganjil dan bimbang sewaktu menghidapi sesuatu penyakit. Dalam cerita ini, kanak-kanak dididik bahawa mereka mesti banyak berehat bagi tujuan menjaga kesihatan mereka sewaktu sakit.

Benjamin terpaksa tinggal di rumah dan tidak pergi ke sekolah selama beberapa hari. Selepas beberapa hari baring di atas katil, Benjamin berasa agak bosan serta sunyi. Namun, Benjamin menjari seria apabila menerima kad-kad ucapan daripada kawan-kawannya.

CODE : DKS 136
ISBN : 983-967-5004-49-0
SIZE : 7.8125" X 7.8125"
PAGES : 12
PRICE : RM3.50 (WM)
: RM3.70 (EM)
 
 
 

Adakah Ia Benad Hidup ?

Pada usia tertentu, perasaan ingin tahu kanak-kanak akan menyebabkan mereka suka bertanya. Benjamin Bunny telah mencapai usia di mana dia ingin tahu tentang segala benda di sekellilingnya. Dia ingin tahu yang manakah ialah benda hidup dan yang mana bukan. Sewaktu dia berjalan di hutan bersama emai, dia menjagi keliru. Sesetengah benda yang bergerak dan berubah bentuk seperti awan ialah benda bukan hidup. Benda-denda lain seperti pokok ialah benda hidup.

Emak menjelaskan dengan sabar bahawa benda hidup bernafas, membesar, dan berubah. Akhirnya, Benjamin sedar betapa bertuahnya bahawa dia ialah debda hidup dan mempunyai emaik yang begitu baik.

CODE : DKS 137
ISBN : 983-967-5004-50-6
SIZE : 7.8125" X 7.8125"
PAGES : 12
PRICE : RM3.50 (WM)
: RM3.70 (EM)
 
 
 

Berjumpa Doctor

Lawatan
seorang kanak-kanak ke klinik boleh menjadi pengalaman yang membimbangkan dan menakutkan, terutama sewaktu menerima vaksinasi. Emak menenangkan Benjamin betapa baiknya doktor itu dan meyakinkannya bahawa tiday ada apa yang perlu ditakuti. Doktor dan emak melakulan yang terbaik untul menenangkan Benjamin, supaya tidak terlalu bimbang.

Benjamin ditimbang di atas penimbang, mata, telinga dan mulutnya diperiksa. Dengan kata-kata yang melegakan, Benjamin Bunny menunjukkan keberaninnya. Dia bersidia menerima suntikan doktor. Benjamin Bunny berasa bangga kerana dia berani menerima suntikan. Doctor memberi ganjaran gula-gula kepadanya untuk memuji keberaniannya.

Dalam cerita ini, kanak-kanak akan dididk supaya berani menghadapi sesuatu untuk menghilangkan kebimbangan dan ketakutan.

CODE : DKS 138
ISBN : 983-967-5004-51-3
SIZE : 7.8125" X 7.8125"
PAGES : 12
PRICE : RM3.50 (WM)
: RM3.70 (EM)
 
 
All Rights Reserved